Sesiapa yang berminat untuk menghadiri seminar Public Gold bolehlah menyertai mana2 seminar yang diadakan di tempat2 seperti dalam jadual di bawah. Seminar ini sangat sesuai jika anda ingin mengetahui rahsia pelaburan dan perniagaan emas. Yang paling best, seminar ni PERCUMA. Ambillah kesempatan untuk hadir ke seminar ni. Yang bagi talk tu pun sifu2 emas. Bukan senang nak jumpa dengan mereka ni dan anda boleh bertanya macam2 soalan kat sifu2 emas ni secara PERCUMA.
Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Sabtu
8/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Melaka MITC Ancasa Hotel
sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka
Jumaat
14/1/2011
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,10200 Penang, Malaysia.
Rabu
12/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Khamis
13/1/20118.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Ahad 16/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban,
Rabu 19/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Khamis
20/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Jumaat 21/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Kuantan
Pahang Hotel Seri Malaysia
Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan
Sabtu 22/1/2011 2 sesi (pilih salah satu sahaja) i. 12 tgh – 2.00 ptg ii. 8.30PM – 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3), Mentari Business Park,
Bandar Sunway,
Pengalaman saya attend seminar ni kat Terengganu. Masa tu penceramahnya ialah Encik Syukor Hashim. Beliau merupakan salah seorang sifu emas yang sangat disegani. Seminar ni memang bertujuan memberi pengetahuan tentang emas, membuka minda peserta tentang kepentingan emas, value emas, cara memulakan pelaburan emas dan cara berniaga emas. Sesi soal jawab sangat banyak memberi info. Oleh itu, jika ada kelapangan, silalah hadir ke mana2 sesi yang berhampiran dengan tempat anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi saya di 0123409523 atau email ke nurhafiza@gmail.com.
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi:
Nurhafiza Jusoh
0123409523
nurhafiza@gmail.com
- Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Kata Kunci
Thursday, January 20, 2011
Seminar Public Gold (PERCUMA)
Posted by Nurhafiza at 04:15 0 comments
Wednesday, January 19, 2011
EMAS: Pelaburan jangka panjang yang menguntungkan
Saya menerima beberapa message dari teman teman yang berminat untuk membeli emas sebagai pelaburan. Namun sebelum membeli emas, mereka meminta saya menerangkan apakah yang dikatakan pelaburan emas. Sebelum saya menerangkan dengan lebih terperinci tentang pelaburan emas, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan?
“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”
Oleh itu pelaburan emas ialah membeli emas, simpan dalam tempoh tertentu sehingga naik ke harga yang diingini kemudian jual semula emas itu untuk memperolehi keuntungan. Setiap pelaburan pasti ada risikonya tersendiri. Namun bergantung kepada jenis pelaburan tersebut. Pelaburan emas ini lebih rendah risiko kerugian berbanding saham atau hartanah.
Mengapa bank atau kedai pajak mudah memberi pinjaman yang bercagarkan emas? Mengapa pula kedai kedai menjual emas susah nak lingkup walaupun kita lihat kedai emas tersebut tiada pelanggan? Ini kerana emas itu sendiri yang memang bernilai dan harganya yang sentiasa naik dalam jangka panjang & sederhana.
Harga Emas Sepanjang 2010 |
Tapi jika anda berhasrat untuk memperolehi keuntungan dalam masa yang singkat, emas bukan pelaburan yang terbaik. Lebih baik anda melabur dalam CPO ataupun FOREX, dalam masa yang singkat boleh dapat untung besar ataupun rugi besar. Biasalah, lagi cepat pulangan pelaburan, lagi tinggi risiko dihadapi.
Ada teman bertanya, agak2 dalam masa sebulan boleh dapat untung dah ke? Jawapan saya mungkin tidak. Walaupun jika harga emas selepas 1 bulan itu lebih tinggi dari harga yang dibeli, namun beza harga jualan dengan belian antara 5%-6% itu menyebabkan emasnya dijual dengan lebih rendah.Mungkin paling cepat pun kene tunggu sekurang kurangnya 6bulan untuk mendapat keuntungan.
Kesimpulannya, emas memang terbukti sebagai pelaburan JANGKA PANJANG atau SEDERHANA yang menguntungkan. Jadi apa tunggu lagi, jom beli emas sekarang sebelum harganya naik lebih tinggi. Hubungi saya di 0123409523 ataupun email ke nurhafiza@gmail.com
Posted by Nurhafiza at 03:39 0 comments
Labels: Analisis Emas, Gold Investment, Kebaikan Emas, Pelaburan Emas, Simpanan Emas
Monday, January 17, 2011
Trend harga emas
2 hari lepas harga emas menurun ke paras terendah. Pada ketika itu harga gold bar 20g turun sehingga RM3084 manakala 1 Dinar pula RM637. Saya tidak tunggu lama lagi, lantas saya lock harga tersebut untuk menambah koleksi simpanan emas pelaburan saya. Saya jangka selepas ini pasti harga emas akan naik setelah turun ke paras terendah.
Betul jangkaan saya, dapat dilihat hari ini, harga emas mula menaik. Sehingga blog ini ditulis, harga emas 20g ialah RM3096, manakalah 1 Dinar RM640. Trend kenaikan ini dijangka akan terus berlaku. Berdasarkan analisis saya melihat pergerakan turun naik harga emas sebelum ini, jika harga emas turun ke paras paling rendah, kemudian ianya mula naik semula, harga tersebut akan terus naik hingga ke paras tertinggi. (Sebenarnya banyak lagi faktor yang mempengaruhi turun naik harga emas, namun yang ini saya cuba gambarkan trend naik turun secara asas).
Oleh itu buat teman2 di luar sana, rebutlah peluang untuk membeli emas sekarang sebelum harga emas naik dengan lebih tinggi. Hubungisaya segera 0123409523 atau email saya ke nurhafiza@gmail.com. Jom, apa tunggu lagi.
Posted by Nurhafiza at 10:39 0 comments
Labels: Analisis Emas, Gold Investment, Public Gold, Simpanan Emas
Sunday, January 16, 2011
Feedback dari teman teman
Assalamualaikum,
Baru baru ini saya telah mempromosikan kebaikan pelaburan emas ini kepada semua teman rapat. Tujuan saya bukan kerana keuntungan, namun ianya lebih kepada berkongsi ilmu tentang kebaikan pelaburan emas dan membuka minda mereka tentang pelaburan emas.
Alhamdulillah,banyak feedback positive diterima dari teman teman. Saya sangat menghargai feedback mereka, dan daripada pertanyaan, komen & pendapat mereka, saya akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk semua.
Sangat terharu dengan pandangan dari seorang teman yang berada jauh nun di bumi anbia', dia menghargai usaha saya menyedarkan orang ramai tentang kepentingan dalam pelaburan emas. Namun dia berharap jika saya boleh mengaitkan pelaburan emas dari perspektif Islam, itu akan mebawa lebih banyak faedah. Terima kasih dengan cadangan tersebut, saya amat menghargainya. Untuk posting akan datang, saya akan berusaha untuk mengetengahkan pelaburan emas dari sudut pandangan Islam pula.
Ada juga salah seorang teman bertanyakan kepada saya. Jika dia berminat untuk membeli emas dengan saya, adakah saya akan memegang emas tersebut. Ohh tidak sama sekali. Di sini saya nak jelaskan sekali lagi, anda beli emas dari saya atau agen PG yang lain, anda dapat emas tersebut. Anda kene simpan sendiri. Anda boleh jual, anda boleh pajak. Saya sudah tidak berhak ke atas emas anda. Sekali lagi saya ingatkan, ini bukan SKIM CEPAT KAYA atau MLM atau apa apa skim lain.
Buat teman teman di luar sana, apa tunggu lagi. Rebutlah peluang keemasan ini untuk memulakan & menambahkan pelaburan emas anda. Sekarang merupakan masa yang terbaik. Jom sama2 membeli emas. Hubungi saya di 0123409523 atau email ke nurhafiza@gmail.com
Posted by Nurhafiza at 10:32 0 comments
Labels: Gold Investment, Pelaburan Emas, Skim Cepat Kaya
Saturday, January 15, 2011
Penurunan Harga Emas
Salam buat pembaca semua,
Pada bulan ini (Januari) kita dapat saksikan penurunan harga emas sedunia. Penurunan tersebut akibat faktor pengambilan untung bagi pelabur lama untuk mendapatkan keuntungan menjelang musim perayaan. Namun anda semua tidak perlu gusar, kerana dijangka selepas tahun baru cina, harga emas akan meningkat dengan lebih tinggi.
Oleh itu, anda perlu menjadi pelabur yang bijak. Ambillah peluang ketika penurunan harga emas ini untuk memulakan pelaburan emas atau menambah emas yang ada kerana anda dapat MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN sekiranya membeli ketika harga yang rendah.
Saya berminat untuk berkongsi sedikit daripada laporan akhbar utusan bertarikh 7/01/2011 baru baru ini, (please refer to: Harga emas cecah RM4,650 seaun )
Daripada artikel diatas, dapat disimpulkan bahawa pelaburan emas akan membawa kepada keuntungan. Penganalisis emas mengjangkakan harga emas akan terus meningkat memandangkan trend dan permintaan sentiasa berterusan di pasaran. Ini telah terbukti harga emas pada hari terakhir tahun 2010 naik kira 31% berbanding tahun sebelumnya.
Jadi apa tunggu lagi. Jom mulakan pelaburan emas hari ini. Hubungi saya 0123409523 atau email nurhafiza@gmail.com. Saya sedia membantu anda
Posted by Nurhafiza at 05:59 0 comments
Labels: Gold Investment, Pelaburan Emas, Simpanan Emas
Friday, December 24, 2010
Simpan 10 Dinar Untuk Pergi Haji Tahun 2015
Mengapa?
""KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!"
KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
"Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!"
Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009
Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00
Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) - RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00
Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
33.3-39% p.a
Betapa untungnya menyimpan dinar/emas!
credit to: Simpan Dinar Untuk Menunaikan Haji
Posted by Nurhafiza at 05:05 0 comments
Labels: Dinar, Gold Investment, Kebaikan Emas, Pelaburan Emas, Simpanan Emas, Tunai Haji
PNB Isytihar Dividen ASB 7.50 Sen, Bonus 1.25 Sen
Berita yang dinantikan buat semua pelabur ASB. 21 Dec baru ni kerajaan telah mengisytiharkan jumlah dividen ASB sebanyak 7.50 Sen dan Bonus 1.25 Sen.Dividen tahun ini lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lepas. Maka tentulah berbunga riang pelabur pelabur diluar sana. Pasti ramai yang dah planning apa nak buat dengan duit dividen yang diperolehi.
Tapi tunggu dulu, jom kita bandingkan keuntungan melabur dalam ASB dan pelaburan emas. Kita letak secara average kadar inflasi 4% (walaupun kadar sebenar melebih 5%) dan kadar zakat 2.5%.
Jumlah pulangan bersih = % dividen – % inflasi – % zakat
Jumlah pulangan bersih ASB = 8.75% - 4% - 2.5%
= 2.25%
Sebenarnya secara average kita hanya memperolehi 2.25% sahaja keuntungan ASB kesan daripada kadar inflasi terhadap ekonomi negara kita.
Namun, jika anda menyimpan EMAS?
Harga 22 Disember 2010 =USD1385.20
Harga 21 Disember 2009 =USD1090.20
Kenaikan setahun adalah 27.83%
Jumlah pulangan bersih emas = 27.83% – 4% – 2.5%
= 21.33%
Mana lagi menguntungkan Emas atau ASB? Sudah tentu EMAS.
Kerana itulah untuk simpanan jangka panjang kita perlu menyimpan emas, bukannya wang kertas. Emas merupakan penyimpan nilai manakala wang kertas merupakan medium pertukaran sahaja. Jadi wang kertas sesuai digunakan untuk 'current situation' sahaja sebagai contoh untuk membeli kerpeluan harian seperti makanan, pakaian, membayar sewa rumah dan lain lain. Manakala emas digunakan untuk simpanan jangka panjang seperti untuk menunaikan haji, simpanan kahwin & simpanan untuk pendidikan anak.
Jadi apa tunggu lagi. Jom mulakan simpanan emas sekarang. Untuk membeli emas, hubungi saya melalui nurhafiza@gmail.com atau 0123409523.
Posted by Nurhafiza at 04:02 0 comments
Labels: ASB, Gold Investment, Pelaburan Emas, Simpanan Emas, Tunai Haji
Tuesday, December 14, 2010
Kenapa pelaburan emas lebih baik? (Part 2)
Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang
- Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
- Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
Oleh itu, apa tunggu lagi, hubungi saya sekarang untuk membeli emas anda. Jangan tunggu lagi.
Posted by Nurhafiza at 23:02 0 comments
Labels: Gold Investment, Kebaikan Emas, Pelaburan Emas
Monday, December 13, 2010
Mengapa Pelaburan Emas Lebih Baik (Part 1)
Posted by Nurhafiza at 20:09 0 comments
Labels: Gold Investment, Kebaikan Emas, Pelaburan Emas
Sunday, December 12, 2010
Pelaburan Emas vs Skim Cepat Kaya
Apakah yang dikatakan Pelaburan Emas? Bagaimanakah untuk membezakan antara pelaburan emas dan skim cepat kaya? Akhir akhir ini begitu banyak dikhabarkan skim skim cepat kaya yang berselindung disebalik nama ‘Pelaburan Emas’. Kononnya memberikan pulangan lumayan dalam masa yang cepat, ataupun tanpa memerlukan modal yang besar. Begitulah antara strategi strategi skim tersebut.
Ciri-ciri Pelaburan Emas
· Apabila anda membeli emas, anda memperolehi emas tersebut secara fizikal, ianya dapat dipegang dan disimpan oleh ANDA sendiri (bukan pihak lain tolong simpan untuk anda kecuali jika anda membuka akaun emas di bank. Nanti entry lain saya akan terangkan tentang akaun emas).
· Keuntungan yang diperolehi adalah merupakan keuntungan daripada modal (capital gain) yang kita laburkan pada masa kini. Keuntungan modal diperolehi apabila wujud perbezaan harga yang dijual dengan harga semasa pembelian. Sebagai contoh jika anda membeli jongkong emas 100g dengan harga RM 11,000 pada tahun 2009 dan menjualkannya semula sebanyak RM 14,500 pada masa kini, RM 3,500 itu adalah keuntungan modal yang diperolehi.
· Emas tersebut dijual di institusi yang disahkan oleh kerajaan. Antara institusi tersebut ialah:
Public Fine Gold International Sdn. Bhd – Jongkong & Syiling Emas
Public Dinar – Dinar Emas
Maybank – Kijang Emas
UOB Bank – Syiling & jongkong emas
Kedai emas (Poh Kong, Habib Jewels, etc) – Jongkong emas
Ciri-ciri skim cepat kaya yang menggunakan emas
· Harga emas yang dijual adalah lebih tinggi dari harga pasaran emas sebenar kerana mereka menjanjikan pulangan yang amat lumayan sebagai tarikan.
· Antara syarat perlu dipatuhi iaitu emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan.
· Ada juga syarat lain, emas tersebut kita pegang TETAPI kena gadaikan di pajak gadai islam atas nama pembeli dan DUIT GADAIAN PERLU DISERAHKAN SEMUA KEPADA SYARIKAT dan Syarikat berjanji memberikan dividen yang banyak. So sebenarnya situasi ini sama seperti perkara diatas. Kalau Syarikat kena tindakan dengan Bank Negara atau Syarikat melingkup dan hilang tanpa dikesan, pembeli akan menanggung hutang pajakan, duit untuk menebus pula dibawa lari oleh Syarikat Skim Cepat Kaya. Sudahnya 2 kali rugi,,beli lebih mahal, berhutang pula dengan pajak gadai. Kalau tebus emas yang tergadai tu pun belum tentu balik modal kos-kos yang dilaburkan pada awalnya.
Oleh itu, anda perlu jauhkan diri dari menyertai skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpanan. Jangan hanya tertarik dengan PULANGAN LUMAYAN yang ditawarkan sahaja. Siasat dahulu latar belakang syarikat sebelum membeli atau melabur.
Buatlah pilihan yang bijak. Mulakan pelaburan anda hari ini. Sebagai langkah awal, hubungi saya segera untuk membuat tempahan emas anda. Pelaburan hari ini menjamin masa depan anda. INSYAALLAH
Posted by Nurhafiza at 23:09 0 comments
Labels: Gold Investment, Pelaburan Emas, Public Gold, Skim Cepat Kaya