Saya menerima beberapa message dari teman teman yang berminat untuk membeli emas sebagai pelaburan. Namun sebelum membeli emas, mereka meminta saya menerangkan apakah yang dikatakan pelaburan emas. Sebelum saya menerangkan dengan lebih terperinci tentang pelaburan emas, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan?
“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”
Oleh itu pelaburan emas ialah membeli emas, simpan dalam tempoh tertentu sehingga naik ke harga yang diingini kemudian jual semula emas itu untuk memperolehi keuntungan. Setiap pelaburan pasti ada risikonya tersendiri. Namun bergantung kepada jenis pelaburan tersebut. Pelaburan emas ini lebih rendah risiko kerugian berbanding saham atau hartanah.
Mengapa bank atau kedai pajak mudah memberi pinjaman yang bercagarkan emas? Mengapa pula kedai kedai menjual emas susah nak lingkup walaupun kita lihat kedai emas tersebut tiada pelanggan? Ini kerana emas itu sendiri yang memang bernilai dan harganya yang sentiasa naik dalam jangka panjang & sederhana.
Harga Emas Sepanjang 2010 |
Tapi jika anda berhasrat untuk memperolehi keuntungan dalam masa yang singkat, emas bukan pelaburan yang terbaik. Lebih baik anda melabur dalam CPO ataupun FOREX, dalam masa yang singkat boleh dapat untung besar ataupun rugi besar. Biasalah, lagi cepat pulangan pelaburan, lagi tinggi risiko dihadapi.
Ada teman bertanya, agak2 dalam masa sebulan boleh dapat untung dah ke? Jawapan saya mungkin tidak. Walaupun jika harga emas selepas 1 bulan itu lebih tinggi dari harga yang dibeli, namun beza harga jualan dengan belian antara 5%-6% itu menyebabkan emasnya dijual dengan lebih rendah.Mungkin paling cepat pun kene tunggu sekurang kurangnya 6bulan untuk mendapat keuntungan.
Kesimpulannya, emas memang terbukti sebagai pelaburan JANGKA PANJANG atau SEDERHANA yang menguntungkan. Jadi apa tunggu lagi, jom beli emas sekarang sebelum harganya naik lebih tinggi. Hubungi saya di 0123409523 ataupun email ke nurhafiza@gmail.com
0 comments:
Post a Comment