Saya merupakan agen bertauliah Public Gold (No Agen: A2220) yang menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli emas, perak, syiling dinar dan barang kemas keluaran Public Gold, Public Dinar & Public Jewellery.

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi:

Nurhafiza Jusoh
0123409523
nurhafiza@gmail.com


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

- Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Friday, December 24, 2010

Simpan 10 Dinar Untuk Pergi Haji Tahun 2015

Setiap tahun kos menunaikan haji dalam Dinar Emas turun.

Mengapa?

""KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!"

KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-

Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00

Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00

Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

"Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!"

CARA  PENGIRAAN:-

Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009


Kos Haji  pada tahun 2009 = RM9036.00

Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) - RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00 

Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.

KESIMPULAN:-

Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
                       33.3-39% p.a
"Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping Dinar Emas untuk menunaikan haji pada tahun 2015"

Betapa untungnya menyimpan dinar/emas!


credit to: Simpan Dinar Untuk Menunaikan Haji

 Semasa blogwalking tadi, saya terjumpa blog tersebut dan berminat untuk berkongsi dengan sahabat di luar sana. Jika benarlah apa yang dijangkakan, bermakna tahun 2015 Insya Allah saya mampu mengerjakan haji (moga dimakbulkan hajat ini). 

Buat sahabat diluar sana, apa ditunggu lagi, Mulakan simpanan emas sekarang juga. Jom beli emas dengan saya. Hubungi saya melalui nurhafiza@gmail.com atau 0123409523

PNB Isytihar Dividen ASB 7.50 Sen, Bonus 1.25 Sen

Berita yang dinantikan buat semua pelabur ASB. 21 Dec baru ni kerajaan telah mengisytiharkan jumlah dividen ASB sebanyak 7.50 Sen dan Bonus 1.25 Sen.Dividen tahun ini lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lepas. Maka tentulah berbunga riang pelabur pelabur diluar sana. Pasti ramai yang dah planning apa nak buat dengan duit dividen yang diperolehi.

Tapi tunggu dulu, jom kita bandingkan keuntungan melabur dalam ASB dan pelaburan emas. Kita letak secara average kadar inflasi 4% (walaupun kadar sebenar melebih 5%) dan kadar zakat 2.5%.

Jumlah pulangan bersih  =  % dividen – % inflasi – % zakat

Jumlah pulangan bersih ASB  = 8.75% - 4% - 2.5%
                                                = 2.25%

Sebenarnya secara average kita hanya memperolehi 2.25% sahaja keuntungan ASB kesan daripada kadar inflasi terhadap ekonomi negara kita.

Namun, jika anda menyimpan EMAS?

Harga 22 Disember 2010 =USD1385.20
Harga 21 Disember 2009 =USD1090.20
 
Kenaikan setahun adalah 27.83%

Jumlah pulangan bersih emas = 27.83% – 4% – 2.5%
                                                  = 21.33% 


Mana lagi menguntungkan Emas atau ASB? Sudah tentu EMAS.

Kerana itulah untuk simpanan jangka panjang kita perlu menyimpan emas, bukannya wang kertas. Emas merupakan penyimpan nilai manakala wang kertas merupakan medium pertukaran sahaja. Jadi wang kertas sesuai digunakan untuk 'current situation'  sahaja sebagai contoh untuk membeli kerpeluan harian seperti makanan, pakaian, membayar sewa rumah dan lain lain. Manakala emas digunakan untuk simpanan jangka panjang seperti untuk menunaikan haji, simpanan kahwin & simpanan untuk pendidikan anak.

Jadi apa tunggu lagi. Jom mulakan simpanan emas sekarang. Untuk membeli emas, hubungi saya melalui nurhafiza@gmail.com atau 0123409523.

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa pelaburan emas lebih baik? (Part 2)


Klik disini untuk membaca Part 1

Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang


  • Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
  • Harga emas pada 14 Ogos 2009 =  USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan 27% setahun)

Emas tidak boleh dimanipulasikan

Apakah yang dimaksudkan dengan manipulasi? Untuk mendapat gambaran lebih jelas, saya berikan contoh situasi begini. Katakan anda mempunyai not  kertas RM100, kemudian carik carikkan not tersebut . Adakah cebisan cebisan not tersebut masih bernilai? Sudah pasti tiada nilai lagi. 

Situasi lain pula, katakan anda mempunyai jongkong emas 100g, kemudian hancurkan jongkong tersebut hingga menjadi serbuk, berapakah nilai serbuk emas 100g tersebut? Nilai 100g emas jongkong & 100g emas serbuk masih sama. Tidak berubah. Ini bermakna emas tidak boleh dimanipulasi.

Mengapa emas tidak boleh dimanipulasi? Ini adalah kerana emas sangat sukar diperolehi dan masih tiada saintis yang boleh mencipta emas.  Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Oleh kerana itu emas sukar dimanipulasi. Berbeza dengan wang fiat,  ianya boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah.  Jika lambakan wang banyak di pasaran, nilai wang akan jatuh. Maka berlakulah inflasi. Sebagai contoh berlakunya hyper inflasi di Zimbabwe.


Duit perlu ditimbang dalam urusan jual beli. Pada ketika itu, sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Oleh itu, apa tunggu lagi, hubungi saya sekarang untuk membeli emas anda. Jangan tunggu lagi.


Monday, December 13, 2010

Mengapa Pelaburan Emas Lebih Baik (Part 1)


Emas merupakan logam yang paling berharga. Hakikat ini tidak dapat disangkal lagi  Malah  Abu Bakar ibn Abi Maryam mengatakan, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Akan tiba suatu masa dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.  Maka simpanlah dinar dan dirham.” (Musnad Iman Ahmad ibnu Hambal)

Antara faktor-faktor Emas pelaburan lebih baik adalah:

Kejatuhan nilai wang kertas
Bagaimana dikatakan nilai wang kertas telah jatuh? Untuk memberikan gambaran lebih jelas, cuba lihat situasi ini. Zaman saya masih di sekolah rendah sekitar awal 90an, ibu saya memberikan wang belanja sebanyak 50sen sehari. Dengan nilai 50sen itu, saya dapat membeli nasi lemak, air serta makanan ringan. Namun adakah nilai 50sen hari ini masih sama sepeti 20 tahun yang lepas? Sudah pasti tidak.

Hari ini rata rata ibu bapa perlu berikan wang saku antara RM3-RM5 sehari untuk anak anak mereka. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama. Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni. Contohnya setelah kejatuhan kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein, duit kertas negara tersebut terus tidak bernilai.

Emas merupakan aset terunggul

Emas merupakan asset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.  Ia bukan sahaja mudah dicairkan di negara sendiri, malah boleh dicairkan dimana mana sahaja diseluruh dunia. Begitulah kehebatan emas. 

Teringat cerita dari ibu saya kisah mengenai pelarian Vietnam yang berteduh di Pulau Bidong setelah negara mereka dilanda perang. Mereka meninggalkan segala harta seperti tanah dan rumah mereka di Vietnam untuk mencari tempat berlindung di negara orang. Aset bernilai yang dibawa hanyalah EMAS. Ketika itu, seorang kenalan ibu warga tempatan kerap berulang alik ke Pulau Bidong untuk berniaga. Menurutnya ramai pelarian di sana membawa emas dan menjualnya kepada peniaga tempatan untuk ditukarkan kepada keperluan yang diperlukan. Jelas disini emas bernilai dimana mana sahaja. Kenapa pelarian tersebut membawa emas, tidak membawa wang negara mereka? Sudah pasti anda tahu jawapannya.

Saya akan sambung lagi kelebihan emas di entry seterusnya. Apa tunggu lagi, jom simpan emas sekarang sebelum terlambat. Hubungi saya sekarang untuk lock harga emas anda.



Sunday, December 12, 2010

Pelaburan Emas vs Skim Cepat Kaya


Apakah yang dikatakan Pelaburan Emas? Bagaimanakah untuk membezakan antara pelaburan emas dan skim cepat kaya? Akhir akhir ini begitu banyak dikhabarkan skim skim cepat kaya yang berselindung disebalik nama ‘Pelaburan Emas’. Kononnya memberikan pulangan lumayan dalam masa yang cepat, ataupun tanpa memerlukan modal yang besar. Begitulah antara strategi strategi skim tersebut.

Ciri-ciri Pelaburan Emas

· Apabila anda membeli emas, anda memperolehi emas tersebut secara fizikal, ianya dapat dipegang dan disimpan oleh ANDA sendiri (bukan pihak lain tolong simpan untuk anda kecuali jika anda membuka akaun emas di bank. Nanti entry lain saya akan terangkan tentang akaun emas).

· Keuntungan yang diperolehi adalah merupakan keuntungan daripada modal (capital gain) yang kita laburkan pada masa kini. Keuntungan modal diperolehi apabila wujud perbezaan harga yang dijual dengan harga semasa pembelian. Sebagai contoh jika anda membeli jongkong emas 100g dengan harga RM 11,000 pada tahun 2009 dan menjualkannya semula sebanyak RM 14,500 pada masa kini, RM 3,500 itu adalah keuntungan modal yang diperolehi.

· Emas tersebut dijual di institusi yang disahkan oleh kerajaan. Antara institusi tersebut ialah:

Public Fine Gold International Sdn. Bhd – Jongkong & Syiling Emas
Public Dinar – Dinar Emas
Maybank – Kijang Emas
UOB Bank – Syiling & jongkong emas
Kedai emas (Poh Kong, Habib Jewels, etc) – Jongkong emas


Ciri-ciri skim cepat kaya yang menggunakan emas

· Harga emas yang dijual adalah lebih tinggi dari harga pasaran emas sebenar kerana mereka menjanjikan pulangan yang amat lumayan sebagai tarikan.

· Antara syarat perlu dipatuhi iaitu emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan.

· Ada juga syarat lain, emas tersebut kita pegang TETAPI kena gadaikan di pajak gadai islam atas nama pembeli dan DUIT GADAIAN PERLU DISERAHKAN SEMUA KEPADA SYARIKAT dan Syarikat berjanji memberikan dividen yang banyak. So sebenarnya situasi ini sama seperti perkara diatas. Kalau Syarikat kena tindakan dengan Bank Negara atau Syarikat melingkup dan hilang tanpa dikesan, pembeli akan menanggung hutang pajakan, duit untuk menebus pula dibawa lari oleh Syarikat Skim Cepat Kaya. Sudahnya 2 kali rugi,,beli lebih mahal, berhutang pula dengan pajak gadai. Kalau tebus emas yang tergadai tu pun belum tentu balik modal kos-kos yang dilaburkan pada awalnya.

Oleh itu, anda perlu jauhkan diri dari menyertai skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpanan. Jangan hanya tertarik dengan PULANGAN LUMAYAN yang ditawarkan sahaja. Siasat dahulu latar belakang syarikat sebelum membeli atau melabur.

Buatlah pilihan yang bijak. Mulakan pelaburan anda hari ini. Sebagai langkah awal, hubungi saya segera untuk membuat tempahan emas anda. Pelaburan hari ini menjamin masa depan anda. INSYAALLAH

Saturday, December 11, 2010

Produk: Gold Bar & DInar Emas


Product
Gold Bullion
Gold Bullion
Gold Bullion
Gold Bar
Gold Bullion
Purity/Finess999.9999.9999.9999.9999.9
Weight20 gram gram100 gram1kg50 gram


Public Gold menawarkan 2 jenis emas iaitu emas bar (gold bar) dan juga emas dinar. Emas bar terdiri daripada 4 jenis iaitu bar 20g, 50g, 100g dan juga 1kg. Selain itu terdapat juga syiling emas 50g. Kesemua gold bar & syiling emas ini terdiri daripada emas 999.9 yang bermaksud bahannya terdiri daripada 99.9% emas. Emas 999.9 ini juga dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama.



Product
1 Dinar
5 Dinar
10 Dinar
Purity/Finess916916916
Weight4.25 gram21.25 gram42.5 gram


Manakala dinar emas pula terdiri daripada 3 jenis iaitu 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar. Berat emas untuk setiap dinar ini ditetapkan berdasarkan standard yang telah dipersetujui oleh The World Islamic Trading Organisation yang menetapkan berat dinar berdasarkan titah printah Khalifah Umar ibnu Al Khattab. Telah ditetapkan 1 Dinar = 4.25 gram emas 916. Emas 916 bermaksud bahannya terdiri daripada 91.6% emas tulen.

Langkah Pertama

Blog ini merupakan langkah permulaan saya setelah menjadi agen Public Gold. Hakikatnya saya telah mengikuti dan mengkaji arus perkembangan pelaburan emas bermula tahun 2008 lagi. Namun ketika itu terdapat sedikit kekangan yang tidak mengizinkan untuk saya memulakan pelaburan emas.

Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, saya telah merebut peluang menjadi Agen Public Gold dan dengan rasminya telah menjadi agen PG pada 16 November 2010. Saya mengambil peluang keemasan ini dengan merebut peluang tawaran daripada syarikat Public Gold yang menawarkan pembelian RM20000 untuk menjadi agen. Sebelum ini, untuk melayakkan diri menjadi agen, pembelian mestilah RM40000 keatas. Tawaran ini sepatutnya telah berakhir 31 Oktober yang lalu, namun disebabkan sambutan hangat, syarikat melanjutkan tempoh tawaran ini sehingga 31 Disember ini.

Kepada rakan rakan diluar sana, silalah rebut peluang keemasan untuk menjadi agen Public Gold ini. Jangan bertangguh lagi  Terdapat berbagai kelebihan yang diperolehi apabila menjadi agen. Saya akan ceritakan kelebihan menjadi agen PG di entry yang lain.

Jika anda berminat untuk membeli ataupun menjadi dealer, sila hubungi saya 0123409523.