Klik disini untuk membaca Part 1
Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang
- Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
- Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan 27% setahun)
Emas tidak boleh dimanipulasikan
Apakah yang dimaksudkan dengan manipulasi? Untuk mendapat gambaran lebih jelas, saya berikan contoh situasi begini. Katakan anda mempunyai not kertas RM100, kemudian carik carikkan not tersebut . Adakah cebisan cebisan not tersebut masih bernilai? Sudah pasti tiada nilai lagi.
Situasi lain pula, katakan anda mempunyai jongkong emas 100g, kemudian hancurkan jongkong tersebut hingga menjadi serbuk, berapakah nilai serbuk emas 100g tersebut? Nilai 100g emas jongkong & 100g emas serbuk masih sama. Tidak berubah. Ini bermakna emas tidak boleh dimanipulasi.
Mengapa emas tidak boleh dimanipulasi? Ini adalah kerana emas sangat sukar diperolehi dan masih tiada saintis yang boleh mencipta emas. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Oleh kerana itu emas sukar dimanipulasi. Berbeza dengan wang fiat, ianya boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika lambakan wang banyak di pasaran, nilai wang akan jatuh. Maka berlakulah inflasi. Sebagai contoh berlakunya hyper inflasi di Zimbabwe.
Duit perlu ditimbang dalam urusan jual beli. Pada ketika itu, sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.
Oleh itu, apa tunggu lagi, hubungi saya sekarang untuk membeli emas anda. Jangan tunggu lagi.
Oleh itu, apa tunggu lagi, hubungi saya sekarang untuk membeli emas anda. Jangan tunggu lagi.
0 comments:
Post a Comment