Saya merupakan agen bertauliah Public Gold (No Agen: A2220) yang menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli emas, perak, syiling dinar dan barang kemas keluaran Public Gold, Public Dinar & Public Jewellery.

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi:

Nurhafiza Jusoh
0123409523
nurhafiza@gmail.com


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

- Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Showing posts with label Kebaikan Emas. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan Emas. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

EMAS: Pelaburan jangka panjang yang menguntungkan

Saya menerima beberapa message dari teman teman yang berminat untuk membeli emas sebagai pelaburan. Namun sebelum membeli emas, mereka meminta saya menerangkan apakah yang dikatakan pelaburan emas. Sebelum saya menerangkan dengan lebih terperinci tentang pelaburan emas, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan?

“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”

Oleh itu pelaburan emas ialah membeli emas, simpan dalam tempoh tertentu sehingga naik ke harga yang diingini kemudian jual semula emas itu untuk memperolehi keuntungan. Setiap pelaburan pasti ada risikonya tersendiri. Namun bergantung kepada jenis pelaburan tersebut. Pelaburan emas ini lebih rendah risiko kerugian berbanding saham atau hartanah.

Mengapa bank atau kedai pajak mudah memberi pinjaman yang bercagarkan emas? Mengapa pula kedai kedai menjual emas susah nak lingkup walaupun kita lihat kedai emas tersebut tiada pelanggan? Ini kerana emas itu sendiri yang memang bernilai dan harganya yang sentiasa naik dalam jangka panjang & sederhana.


Harga Emas Sepanjang 2010
Carta diatas menunjukkan pergerakan turun naik harga emas sepanjang 2010. Secara amnya, graf itu menunjukkan kadar menaik. Harga emas terendah 2010 pada 5 Februari 2010 iaitu $1058/oz, manakala tertinggi pada 9 November 2010 iaitu $1421/oz. Secara purata emas naik melebihi 30% dari paras terendah hingga ke paras tertinggi dalam masa 1 tahun. Woww, kalau simpan ASB setahun berapa yer dividen? Anda pasti tahu jawapannya.

Tapi jika anda berhasrat untuk memperolehi keuntungan dalam masa yang singkat, emas bukan pelaburan yang terbaik. Lebih baik anda melabur dalam CPO ataupun FOREX, dalam masa yang singkat boleh dapat untung besar ataupun rugi besar. Biasalah, lagi cepat pulangan pelaburan, lagi tinggi risiko dihadapi.

Ada teman bertanya, agak2 dalam masa sebulan boleh dapat untung dah ke? Jawapan saya mungkin tidak. Walaupun jika harga emas selepas 1 bulan itu lebih tinggi dari harga yang dibeli, namun beza harga jualan dengan belian antara 5%-6% itu menyebabkan emasnya dijual dengan lebih rendah.Mungkin paling cepat pun kene tunggu sekurang kurangnya 6bulan untuk mendapat keuntungan.

Kesimpulannya, emas memang terbukti sebagai pelaburan JANGKA PANJANG atau SEDERHANA yang menguntungkan. Jadi apa tunggu lagi, jom beli emas sekarang sebelum harganya naik lebih tinggi. Hubungi saya di 0123409523 ataupun email ke nurhafiza@gmail.com

Friday, December 24, 2010

Simpan 10 Dinar Untuk Pergi Haji Tahun 2015

Setiap tahun kos menunaikan haji dalam Dinar Emas turun.

Mengapa?

""KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!"

KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-

Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00

Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00

Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

"Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!"

CARA  PENGIRAAN:-

Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009


Kos Haji  pada tahun 2009 = RM9036.00

Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) - RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00 

Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.

KESIMPULAN:-

Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
                       33.3-39% p.a
"Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping Dinar Emas untuk menunaikan haji pada tahun 2015"

Betapa untungnya menyimpan dinar/emas!


credit to: Simpan Dinar Untuk Menunaikan Haji

 Semasa blogwalking tadi, saya terjumpa blog tersebut dan berminat untuk berkongsi dengan sahabat di luar sana. Jika benarlah apa yang dijangkakan, bermakna tahun 2015 Insya Allah saya mampu mengerjakan haji (moga dimakbulkan hajat ini). 

Buat sahabat diluar sana, apa ditunggu lagi, Mulakan simpanan emas sekarang juga. Jom beli emas dengan saya. Hubungi saya melalui nurhafiza@gmail.com atau 0123409523

Tuesday, December 14, 2010

Kenapa pelaburan emas lebih baik? (Part 2)


Klik disini untuk membaca Part 1

Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang


  • Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
  • Harga emas pada 14 Ogos 2009 =  USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan 27% setahun)

Emas tidak boleh dimanipulasikan

Apakah yang dimaksudkan dengan manipulasi? Untuk mendapat gambaran lebih jelas, saya berikan contoh situasi begini. Katakan anda mempunyai not  kertas RM100, kemudian carik carikkan not tersebut . Adakah cebisan cebisan not tersebut masih bernilai? Sudah pasti tiada nilai lagi. 

Situasi lain pula, katakan anda mempunyai jongkong emas 100g, kemudian hancurkan jongkong tersebut hingga menjadi serbuk, berapakah nilai serbuk emas 100g tersebut? Nilai 100g emas jongkong & 100g emas serbuk masih sama. Tidak berubah. Ini bermakna emas tidak boleh dimanipulasi.

Mengapa emas tidak boleh dimanipulasi? Ini adalah kerana emas sangat sukar diperolehi dan masih tiada saintis yang boleh mencipta emas.  Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Oleh kerana itu emas sukar dimanipulasi. Berbeza dengan wang fiat,  ianya boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah.  Jika lambakan wang banyak di pasaran, nilai wang akan jatuh. Maka berlakulah inflasi. Sebagai contoh berlakunya hyper inflasi di Zimbabwe.


Duit perlu ditimbang dalam urusan jual beli. Pada ketika itu, sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Oleh itu, apa tunggu lagi, hubungi saya sekarang untuk membeli emas anda. Jangan tunggu lagi.


Monday, December 13, 2010

Mengapa Pelaburan Emas Lebih Baik (Part 1)


Emas merupakan logam yang paling berharga. Hakikat ini tidak dapat disangkal lagi  Malah  Abu Bakar ibn Abi Maryam mengatakan, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Akan tiba suatu masa dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.  Maka simpanlah dinar dan dirham.” (Musnad Iman Ahmad ibnu Hambal)

Antara faktor-faktor Emas pelaburan lebih baik adalah:

Kejatuhan nilai wang kertas
Bagaimana dikatakan nilai wang kertas telah jatuh? Untuk memberikan gambaran lebih jelas, cuba lihat situasi ini. Zaman saya masih di sekolah rendah sekitar awal 90an, ibu saya memberikan wang belanja sebanyak 50sen sehari. Dengan nilai 50sen itu, saya dapat membeli nasi lemak, air serta makanan ringan. Namun adakah nilai 50sen hari ini masih sama sepeti 20 tahun yang lepas? Sudah pasti tidak.

Hari ini rata rata ibu bapa perlu berikan wang saku antara RM3-RM5 sehari untuk anak anak mereka. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama. Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni. Contohnya setelah kejatuhan kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein, duit kertas negara tersebut terus tidak bernilai.

Emas merupakan aset terunggul

Emas merupakan asset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.  Ia bukan sahaja mudah dicairkan di negara sendiri, malah boleh dicairkan dimana mana sahaja diseluruh dunia. Begitulah kehebatan emas. 

Teringat cerita dari ibu saya kisah mengenai pelarian Vietnam yang berteduh di Pulau Bidong setelah negara mereka dilanda perang. Mereka meninggalkan segala harta seperti tanah dan rumah mereka di Vietnam untuk mencari tempat berlindung di negara orang. Aset bernilai yang dibawa hanyalah EMAS. Ketika itu, seorang kenalan ibu warga tempatan kerap berulang alik ke Pulau Bidong untuk berniaga. Menurutnya ramai pelarian di sana membawa emas dan menjualnya kepada peniaga tempatan untuk ditukarkan kepada keperluan yang diperlukan. Jelas disini emas bernilai dimana mana sahaja. Kenapa pelarian tersebut membawa emas, tidak membawa wang negara mereka? Sudah pasti anda tahu jawapannya.

Saya akan sambung lagi kelebihan emas di entry seterusnya. Apa tunggu lagi, jom simpan emas sekarang sebelum terlambat. Hubungi saya sekarang untuk lock harga emas anda.