Saya merupakan agen bertauliah Public Gold (No Agen: A2220) yang menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli emas, perak, syiling dinar dan barang kemas keluaran Public Gold, Public Dinar & Public Jewellery.

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi:

Nurhafiza Jusoh
0123409523
nurhafiza@gmail.com


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

- Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Showing posts with label Analisis Emas. Show all posts
Showing posts with label Analisis Emas. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

EMAS: Pelaburan jangka panjang yang menguntungkan

Saya menerima beberapa message dari teman teman yang berminat untuk membeli emas sebagai pelaburan. Namun sebelum membeli emas, mereka meminta saya menerangkan apakah yang dikatakan pelaburan emas. Sebelum saya menerangkan dengan lebih terperinci tentang pelaburan emas, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan?

“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”

Oleh itu pelaburan emas ialah membeli emas, simpan dalam tempoh tertentu sehingga naik ke harga yang diingini kemudian jual semula emas itu untuk memperolehi keuntungan. Setiap pelaburan pasti ada risikonya tersendiri. Namun bergantung kepada jenis pelaburan tersebut. Pelaburan emas ini lebih rendah risiko kerugian berbanding saham atau hartanah.

Mengapa bank atau kedai pajak mudah memberi pinjaman yang bercagarkan emas? Mengapa pula kedai kedai menjual emas susah nak lingkup walaupun kita lihat kedai emas tersebut tiada pelanggan? Ini kerana emas itu sendiri yang memang bernilai dan harganya yang sentiasa naik dalam jangka panjang & sederhana.


Harga Emas Sepanjang 2010
Carta diatas menunjukkan pergerakan turun naik harga emas sepanjang 2010. Secara amnya, graf itu menunjukkan kadar menaik. Harga emas terendah 2010 pada 5 Februari 2010 iaitu $1058/oz, manakala tertinggi pada 9 November 2010 iaitu $1421/oz. Secara purata emas naik melebihi 30% dari paras terendah hingga ke paras tertinggi dalam masa 1 tahun. Woww, kalau simpan ASB setahun berapa yer dividen? Anda pasti tahu jawapannya.

Tapi jika anda berhasrat untuk memperolehi keuntungan dalam masa yang singkat, emas bukan pelaburan yang terbaik. Lebih baik anda melabur dalam CPO ataupun FOREX, dalam masa yang singkat boleh dapat untung besar ataupun rugi besar. Biasalah, lagi cepat pulangan pelaburan, lagi tinggi risiko dihadapi.

Ada teman bertanya, agak2 dalam masa sebulan boleh dapat untung dah ke? Jawapan saya mungkin tidak. Walaupun jika harga emas selepas 1 bulan itu lebih tinggi dari harga yang dibeli, namun beza harga jualan dengan belian antara 5%-6% itu menyebabkan emasnya dijual dengan lebih rendah.Mungkin paling cepat pun kene tunggu sekurang kurangnya 6bulan untuk mendapat keuntungan.

Kesimpulannya, emas memang terbukti sebagai pelaburan JANGKA PANJANG atau SEDERHANA yang menguntungkan. Jadi apa tunggu lagi, jom beli emas sekarang sebelum harganya naik lebih tinggi. Hubungi saya di 0123409523 ataupun email ke nurhafiza@gmail.com

Monday, January 17, 2011

Trend harga emas

2 hari lepas harga emas menurun ke paras terendah. Pada ketika itu harga gold bar 20g turun sehingga RM3084 manakala 1 Dinar pula RM637. Saya tidak tunggu lama lagi, lantas saya lock harga tersebut untuk menambah koleksi simpanan emas pelaburan saya. Saya jangka selepas ini pasti harga emas akan naik setelah turun ke paras terendah.

Betul jangkaan saya, dapat dilihat hari ini, harga emas mula menaik. Sehingga blog ini ditulis, harga emas 20g ialah RM3096, manakalah 1 Dinar RM640. Trend kenaikan ini dijangka akan terus berlaku. Berdasarkan analisis saya melihat pergerakan turun naik harga emas sebelum ini, jika harga emas turun ke paras paling rendah, kemudian ianya mula naik semula, harga tersebut akan terus naik hingga ke paras tertinggi. (Sebenarnya banyak lagi faktor yang mempengaruhi turun naik harga emas, namun yang ini saya cuba gambarkan trend naik turun secara asas).

Oleh itu buat teman2 di luar sana, rebutlah peluang untuk membeli emas sekarang sebelum harga emas naik dengan lebih tinggi. Hubungisaya segera 0123409523 atau email saya ke nurhafiza@gmail.com. Jom, apa tunggu lagi.