Saya merupakan agen bertauliah Public Gold (No Agen: A2220) yang menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli emas, perak, syiling dinar dan barang kemas keluaran Public Gold, Public Dinar & Public Jewellery.

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi:

Nurhafiza Jusoh
0123409523
nurhafiza@gmail.com


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

- Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Showing posts with label Simpanan Emas. Show all posts
Showing posts with label Simpanan Emas. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

EMAS: Pelaburan jangka panjang yang menguntungkan

Saya menerima beberapa message dari teman teman yang berminat untuk membeli emas sebagai pelaburan. Namun sebelum membeli emas, mereka meminta saya menerangkan apakah yang dikatakan pelaburan emas. Sebelum saya menerangkan dengan lebih terperinci tentang pelaburan emas, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan?

“Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.”

Oleh itu pelaburan emas ialah membeli emas, simpan dalam tempoh tertentu sehingga naik ke harga yang diingini kemudian jual semula emas itu untuk memperolehi keuntungan. Setiap pelaburan pasti ada risikonya tersendiri. Namun bergantung kepada jenis pelaburan tersebut. Pelaburan emas ini lebih rendah risiko kerugian berbanding saham atau hartanah.

Mengapa bank atau kedai pajak mudah memberi pinjaman yang bercagarkan emas? Mengapa pula kedai kedai menjual emas susah nak lingkup walaupun kita lihat kedai emas tersebut tiada pelanggan? Ini kerana emas itu sendiri yang memang bernilai dan harganya yang sentiasa naik dalam jangka panjang & sederhana.


Harga Emas Sepanjang 2010
Carta diatas menunjukkan pergerakan turun naik harga emas sepanjang 2010. Secara amnya, graf itu menunjukkan kadar menaik. Harga emas terendah 2010 pada 5 Februari 2010 iaitu $1058/oz, manakala tertinggi pada 9 November 2010 iaitu $1421/oz. Secara purata emas naik melebihi 30% dari paras terendah hingga ke paras tertinggi dalam masa 1 tahun. Woww, kalau simpan ASB setahun berapa yer dividen? Anda pasti tahu jawapannya.

Tapi jika anda berhasrat untuk memperolehi keuntungan dalam masa yang singkat, emas bukan pelaburan yang terbaik. Lebih baik anda melabur dalam CPO ataupun FOREX, dalam masa yang singkat boleh dapat untung besar ataupun rugi besar. Biasalah, lagi cepat pulangan pelaburan, lagi tinggi risiko dihadapi.

Ada teman bertanya, agak2 dalam masa sebulan boleh dapat untung dah ke? Jawapan saya mungkin tidak. Walaupun jika harga emas selepas 1 bulan itu lebih tinggi dari harga yang dibeli, namun beza harga jualan dengan belian antara 5%-6% itu menyebabkan emasnya dijual dengan lebih rendah.Mungkin paling cepat pun kene tunggu sekurang kurangnya 6bulan untuk mendapat keuntungan.

Kesimpulannya, emas memang terbukti sebagai pelaburan JANGKA PANJANG atau SEDERHANA yang menguntungkan. Jadi apa tunggu lagi, jom beli emas sekarang sebelum harganya naik lebih tinggi. Hubungi saya di 0123409523 ataupun email ke nurhafiza@gmail.com

Monday, January 17, 2011

Trend harga emas

2 hari lepas harga emas menurun ke paras terendah. Pada ketika itu harga gold bar 20g turun sehingga RM3084 manakala 1 Dinar pula RM637. Saya tidak tunggu lama lagi, lantas saya lock harga tersebut untuk menambah koleksi simpanan emas pelaburan saya. Saya jangka selepas ini pasti harga emas akan naik setelah turun ke paras terendah.

Betul jangkaan saya, dapat dilihat hari ini, harga emas mula menaik. Sehingga blog ini ditulis, harga emas 20g ialah RM3096, manakalah 1 Dinar RM640. Trend kenaikan ini dijangka akan terus berlaku. Berdasarkan analisis saya melihat pergerakan turun naik harga emas sebelum ini, jika harga emas turun ke paras paling rendah, kemudian ianya mula naik semula, harga tersebut akan terus naik hingga ke paras tertinggi. (Sebenarnya banyak lagi faktor yang mempengaruhi turun naik harga emas, namun yang ini saya cuba gambarkan trend naik turun secara asas).

Oleh itu buat teman2 di luar sana, rebutlah peluang untuk membeli emas sekarang sebelum harga emas naik dengan lebih tinggi. Hubungisaya segera 0123409523 atau email saya ke nurhafiza@gmail.com. Jom, apa tunggu lagi.

Saturday, January 15, 2011

Penurunan Harga Emas

Salam buat pembaca semua,

Pada bulan ini (Januari) kita dapat saksikan penurunan harga emas sedunia. Penurunan tersebut akibat faktor pengambilan untung bagi pelabur lama untuk mendapatkan keuntungan menjelang musim perayaan. Namun anda semua tidak perlu gusar, kerana dijangka selepas tahun baru cina, harga emas akan meningkat dengan lebih tinggi.

Oleh itu, anda perlu menjadi pelabur yang bijak. Ambillah peluang ketika penurunan harga emas ini untuk memulakan pelaburan emas atau menambah emas yang ada kerana anda dapat MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN sekiranya membeli ketika harga yang rendah.

Saya berminat untuk berkongsi sedikit daripada laporan akhbar utusan bertarikh 7/01/2011 baru baru ini, (please refer to: Harga emas cecah RM4,650 seaun )

Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.

Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.

''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.

''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.

Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.

Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.

Daripada artikel diatas, dapat disimpulkan bahawa pelaburan emas akan membawa kepada keuntungan. Penganalisis emas mengjangkakan harga emas akan terus meningkat memandangkan trend dan permintaan sentiasa berterusan di pasaran. Ini telah terbukti harga emas pada hari terakhir tahun 2010 naik kira 31% berbanding tahun sebelumnya.

Jadi apa tunggu lagi. Jom mulakan pelaburan emas hari ini. Hubungi saya 0123409523 atau email nurhafiza@gmail.com. Saya sedia membantu anda

Friday, December 24, 2010

Simpan 10 Dinar Untuk Pergi Haji Tahun 2015

Setiap tahun kos menunaikan haji dalam Dinar Emas turun.

Mengapa?

""KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!"

KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-

Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00

Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00

Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

"Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!"

CARA  PENGIRAAN:-

Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009


Kos Haji  pada tahun 2009 = RM9036.00

Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) - RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00 

Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.

KESIMPULAN:-

Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
                       33.3-39% p.a
"Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping Dinar Emas untuk menunaikan haji pada tahun 2015"

Betapa untungnya menyimpan dinar/emas!


credit to: Simpan Dinar Untuk Menunaikan Haji

 Semasa blogwalking tadi, saya terjumpa blog tersebut dan berminat untuk berkongsi dengan sahabat di luar sana. Jika benarlah apa yang dijangkakan, bermakna tahun 2015 Insya Allah saya mampu mengerjakan haji (moga dimakbulkan hajat ini). 

Buat sahabat diluar sana, apa ditunggu lagi, Mulakan simpanan emas sekarang juga. Jom beli emas dengan saya. Hubungi saya melalui nurhafiza@gmail.com atau 0123409523

PNB Isytihar Dividen ASB 7.50 Sen, Bonus 1.25 Sen

Berita yang dinantikan buat semua pelabur ASB. 21 Dec baru ni kerajaan telah mengisytiharkan jumlah dividen ASB sebanyak 7.50 Sen dan Bonus 1.25 Sen.Dividen tahun ini lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lepas. Maka tentulah berbunga riang pelabur pelabur diluar sana. Pasti ramai yang dah planning apa nak buat dengan duit dividen yang diperolehi.

Tapi tunggu dulu, jom kita bandingkan keuntungan melabur dalam ASB dan pelaburan emas. Kita letak secara average kadar inflasi 4% (walaupun kadar sebenar melebih 5%) dan kadar zakat 2.5%.

Jumlah pulangan bersih  =  % dividen – % inflasi – % zakat

Jumlah pulangan bersih ASB  = 8.75% - 4% - 2.5%
                                                = 2.25%

Sebenarnya secara average kita hanya memperolehi 2.25% sahaja keuntungan ASB kesan daripada kadar inflasi terhadap ekonomi negara kita.

Namun, jika anda menyimpan EMAS?

Harga 22 Disember 2010 =USD1385.20
Harga 21 Disember 2009 =USD1090.20
 
Kenaikan setahun adalah 27.83%

Jumlah pulangan bersih emas = 27.83% – 4% – 2.5%
                                                  = 21.33% 


Mana lagi menguntungkan Emas atau ASB? Sudah tentu EMAS.

Kerana itulah untuk simpanan jangka panjang kita perlu menyimpan emas, bukannya wang kertas. Emas merupakan penyimpan nilai manakala wang kertas merupakan medium pertukaran sahaja. Jadi wang kertas sesuai digunakan untuk 'current situation'  sahaja sebagai contoh untuk membeli kerpeluan harian seperti makanan, pakaian, membayar sewa rumah dan lain lain. Manakala emas digunakan untuk simpanan jangka panjang seperti untuk menunaikan haji, simpanan kahwin & simpanan untuk pendidikan anak.

Jadi apa tunggu lagi. Jom mulakan simpanan emas sekarang. Untuk membeli emas, hubungi saya melalui nurhafiza@gmail.com atau 0123409523.