Saya merupakan agen bertauliah Public Gold (No Agen: A2220) yang menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli emas, perak, syiling dinar dan barang kemas keluaran Public Gold, Public Dinar & Public Jewellery.

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi:

Nurhafiza Jusoh
0123409523
nurhafiza@gmail.com


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

- Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Monday, December 13, 2010

Mengapa Pelaburan Emas Lebih Baik (Part 1)


Emas merupakan logam yang paling berharga. Hakikat ini tidak dapat disangkal lagi  Malah  Abu Bakar ibn Abi Maryam mengatakan, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Akan tiba suatu masa dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.  Maka simpanlah dinar dan dirham.” (Musnad Iman Ahmad ibnu Hambal)

Antara faktor-faktor Emas pelaburan lebih baik adalah:

Kejatuhan nilai wang kertas
Bagaimana dikatakan nilai wang kertas telah jatuh? Untuk memberikan gambaran lebih jelas, cuba lihat situasi ini. Zaman saya masih di sekolah rendah sekitar awal 90an, ibu saya memberikan wang belanja sebanyak 50sen sehari. Dengan nilai 50sen itu, saya dapat membeli nasi lemak, air serta makanan ringan. Namun adakah nilai 50sen hari ini masih sama sepeti 20 tahun yang lepas? Sudah pasti tidak.

Hari ini rata rata ibu bapa perlu berikan wang saku antara RM3-RM5 sehari untuk anak anak mereka. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama. Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni. Contohnya setelah kejatuhan kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein, duit kertas negara tersebut terus tidak bernilai.

Emas merupakan aset terunggul

Emas merupakan asset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.  Ia bukan sahaja mudah dicairkan di negara sendiri, malah boleh dicairkan dimana mana sahaja diseluruh dunia. Begitulah kehebatan emas. 

Teringat cerita dari ibu saya kisah mengenai pelarian Vietnam yang berteduh di Pulau Bidong setelah negara mereka dilanda perang. Mereka meninggalkan segala harta seperti tanah dan rumah mereka di Vietnam untuk mencari tempat berlindung di negara orang. Aset bernilai yang dibawa hanyalah EMAS. Ketika itu, seorang kenalan ibu warga tempatan kerap berulang alik ke Pulau Bidong untuk berniaga. Menurutnya ramai pelarian di sana membawa emas dan menjualnya kepada peniaga tempatan untuk ditukarkan kepada keperluan yang diperlukan. Jelas disini emas bernilai dimana mana sahaja. Kenapa pelarian tersebut membawa emas, tidak membawa wang negara mereka? Sudah pasti anda tahu jawapannya.

Saya akan sambung lagi kelebihan emas di entry seterusnya. Apa tunggu lagi, jom simpan emas sekarang sebelum terlambat. Hubungi saya sekarang untuk lock harga emas anda.



0 comments: