Saya merupakan agen bertauliah Public Gold (No Agen: A2220) yang menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli emas, perak, syiling dinar dan barang kemas keluaran Public Gold, Public Dinar & Public Jewellery.

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi:

Nurhafiza Jusoh
0123409523
nurhafiza@gmail.com


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

- Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Sunday, December 12, 2010

Pelaburan Emas vs Skim Cepat Kaya


Apakah yang dikatakan Pelaburan Emas? Bagaimanakah untuk membezakan antara pelaburan emas dan skim cepat kaya? Akhir akhir ini begitu banyak dikhabarkan skim skim cepat kaya yang berselindung disebalik nama ‘Pelaburan Emas’. Kononnya memberikan pulangan lumayan dalam masa yang cepat, ataupun tanpa memerlukan modal yang besar. Begitulah antara strategi strategi skim tersebut.

Ciri-ciri Pelaburan Emas

· Apabila anda membeli emas, anda memperolehi emas tersebut secara fizikal, ianya dapat dipegang dan disimpan oleh ANDA sendiri (bukan pihak lain tolong simpan untuk anda kecuali jika anda membuka akaun emas di bank. Nanti entry lain saya akan terangkan tentang akaun emas).

· Keuntungan yang diperolehi adalah merupakan keuntungan daripada modal (capital gain) yang kita laburkan pada masa kini. Keuntungan modal diperolehi apabila wujud perbezaan harga yang dijual dengan harga semasa pembelian. Sebagai contoh jika anda membeli jongkong emas 100g dengan harga RM 11,000 pada tahun 2009 dan menjualkannya semula sebanyak RM 14,500 pada masa kini, RM 3,500 itu adalah keuntungan modal yang diperolehi.

· Emas tersebut dijual di institusi yang disahkan oleh kerajaan. Antara institusi tersebut ialah:

Public Fine Gold International Sdn. Bhd – Jongkong & Syiling Emas
Public Dinar – Dinar Emas
Maybank – Kijang Emas
UOB Bank – Syiling & jongkong emas
Kedai emas (Poh Kong, Habib Jewels, etc) – Jongkong emas


Ciri-ciri skim cepat kaya yang menggunakan emas

· Harga emas yang dijual adalah lebih tinggi dari harga pasaran emas sebenar kerana mereka menjanjikan pulangan yang amat lumayan sebagai tarikan.

· Antara syarat perlu dipatuhi iaitu emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan.

· Ada juga syarat lain, emas tersebut kita pegang TETAPI kena gadaikan di pajak gadai islam atas nama pembeli dan DUIT GADAIAN PERLU DISERAHKAN SEMUA KEPADA SYARIKAT dan Syarikat berjanji memberikan dividen yang banyak. So sebenarnya situasi ini sama seperti perkara diatas. Kalau Syarikat kena tindakan dengan Bank Negara atau Syarikat melingkup dan hilang tanpa dikesan, pembeli akan menanggung hutang pajakan, duit untuk menebus pula dibawa lari oleh Syarikat Skim Cepat Kaya. Sudahnya 2 kali rugi,,beli lebih mahal, berhutang pula dengan pajak gadai. Kalau tebus emas yang tergadai tu pun belum tentu balik modal kos-kos yang dilaburkan pada awalnya.

Oleh itu, anda perlu jauhkan diri dari menyertai skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpanan. Jangan hanya tertarik dengan PULANGAN LUMAYAN yang ditawarkan sahaja. Siasat dahulu latar belakang syarikat sebelum membeli atau melabur.

Buatlah pilihan yang bijak. Mulakan pelaburan anda hari ini. Sebagai langkah awal, hubungi saya segera untuk membuat tempahan emas anda. Pelaburan hari ini menjamin masa depan anda. INSYAALLAH

0 comments: